"Music and silence combine strongly because music is done with silence, and silence is full of music." -Marcel Marceau

Monday 28 November 2011

Kajian Berkaitan dengan Muzik

Terapi muzik adalah salah satu terapi yang berkesan untuk menyembuhkan beberapa penyakit. Hasil penelitian yang dilakukan oleh Lembaga Aplikasi Muzik di Iran menunjukkan bahawa terapi muzik membantu gangguan mental di kalangan kanak-kanak cacat mental.

terapi muzik boleh meningkatkan rasa percaya pada diri sendiri dan mengawal tindakan hyperaktif di kalangan kanak-kanak cacat mental serta menunjukkan perubahan mental dan perangai yang ketara.

Dr. Ali Zadeh Muhammadi adalah seorang psikologi klinikal menyatakan alat muzik juga mempunyai peranan prnting. Dr. Ali Zaleh berpendapat bahawa kanak-kanak cacat mental tidak boleh diajar dengan alat-alat muzik yang rumit seperti gitar, tapi mesti instrumen yang sederhana dan mudah dimainkan serta cepat menjalin hubungan.

Melalui experimen William Balach, Kelly Bowman, dan Lauri Mohler, dari Pennsylvania State University menunjukkan, tempo muzik dapat membantu dalam mengingati sesuatu dengan lebih berkesan manakala hasil kajian dari Association for Psychological Science, ujian IQ tinggi bagi kanak-kanak yang bermain instrumen muzik atau yang menyanyi.

Dr. George Lozanov, menggunakan muzik klasikal untuk mengajar bahasa, dan didapati pelajar dapat mempelajari 1,000 perkataan sehari dan boleh mengingati. Mendengar "Mozart's Sonata for Two Piano's in D Major" sebelum menduduki peperiksaan pula dikatakan dapat meningkatkan markah kerana mengeluarkan neuron yang menenangkan badan.

Psikologi Muzik

Definisi psikologi muzik adalah untuk menguji pengaruh muzik kepada manusia. Muzik adalah ragam seni yang berpengaruh terhadap penonton atau pendengar tanpa sebarang interpretasi.

Menurut kajian, muzik boleh meransang sel-sel saraf sehingga perasaan manusia itu berubah sama ada dikuatkan, diperlemahkan atau dialihkan. Pengaruh ini telah terbukti secara ilmiah di sepanjang fasa kehidupan manusia.

Apa yang paling penting adalah, muzik juga sangat membantu dalam pelajaran. Apabila kita melihat seseorang itu bermain alat muzik, kemungkinan besar orang tersebut mempunyai akal yang tajam. Sebagai contoh, Albert Einstein yang dikenali di seluruh dunia sebagai orang yang paling pintar. Albert pernah dibuang sekolah kerana tidak pandai. Kemudian segala-galanya berubah apabila ibubapanya memberi Albert galakan untuk bermain viola.

Selain itu, muzik juga boleh digunakan untuk merawat sawan, penyakit darah tinggi, merawat kanak-kanak Attention Deficit Disorder (ADD), merawat penyakit mental, kemurungan, tekanan, insomnia dan bayi pramatang. Ia juga turut digunakan sebagai bantuan untuk pesakit mengadaptasi dengan rawatan yang diberikan.


Friday 25 November 2011

KSSR

Pada Tahun 2011, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah digubal dan diperbaharui dengan kewujudan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Pelbagai perubahan dan pengemaskinian dilakukan kepada kurikulum yang sedia ada untuk memenuhi keperluan globalisasi pada masa kini selaras dengan falsafah Pendidikan.

Bacaan lanjut tentang konsep KSSR

Berikut merupakan Surat Pekeliling yang telah dikeluarkan oleh KPM

Surat Pekeliling

Sebarang maklumat lanjut bolehlah melayari laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK)